Catatan Popular

1 Disember 2010

AZAM j QAF SK MASAI - 2011

Salam SK Masai , Salam 1Malaysia , Salam Kembali ke Blog jQAF SK Masai , sudah lama tidak menulis , sebenarnya banyak cerita yang ingin dikongsi sepanjang tahun 2010 , manis , masin , pahit , masam tapi cerita yang manis je la eik.....Alhamdulillah setelah 6 tahun j QAF SK Masai wujud di Sekolah Kebangsaan Masai , akhirnya dapat juga satu bilik yang luas untuk kami menyumbang kreativiti supaya anak-anak didik SK Masai seronok belajar..Sekarang ,kami sedang mengemas dan mencantikkan bilik supaya masuk tahun 2011, proses pengajaran dan pembelajaran dapat terus berjalan dengan lancar dan cemerlang.Ok lah , cukuplah setakat ini coretan ringkas,nanti saya akan sambung lagi cerita yang belum habis lagi.........salam.....

28 Julai 2009

Salam Syaaban..

Salam Syaaban buat semua warga SK.Masai yang disayangi,

Berakhirnya Rejab,bulan yang penuh kebajikan...kini tiba pula bulan Syaaban ..bulan penuh kerahmatan...marilah sama-sama kita merebut kehebatan bulan...latihan untuk menuju ke syahrul Ramadhan .....bersihkanlah jiwa kita untuk membina benteng utuh untuk menjadi insan yang rabbani...Salam Syaaban buat semua

jQAF Sk.Masai menuju kecemerlangan 2010

Assalamualaikum semua warga tenaga jQAF Sk.Masai

Satu anjakan paradigma perlu dilakukan bagi mencapai jQAF Sk.Masai menuju kecemerlangan pada 2010.Marilah sama-sama kita berganding bahu untuk mencapai kecemerlangan unit jQAF Sk.Masai.Pemikiran perlu mantap bagi menjayakan kecemerlangan kita dan anak didik kita.Amanah yang diberi perlu dipikul dengan semangat intergriti yang tinggi.
Ayuh rakan-rakan,marilah kita bersatu bagi kejayaan bersama....